March 23, 2012
March 22, 2012
Terima Kasih Kawanku... (^_^)
PleaSe 'LIKE' my FANPAGE here.. (^_^)
Bibir Merayu Hati Bernafsu...
BIBIR MERAYU
HATI BERNAFSU
Cinta itu bahagia, nafsu pula bahaya.....
Cinta membuatkan kita tertawa, nafsu mengundang
rasa kecewa.....
Cinta selalu ingin memberi, nafsu pula ingin diberi....
Cinta mahu menyayangi, nafsu dikuasai rasa berahi....
Cinta adalah yang terbaik untuknya, nafsu sentiasa di sebaliknya.....
Jadi, tidak semua yang kita ungkapkan adalah sepertinya.....
Maka kita seharuslah beringat dalam berkata-kata......
Rasulullah memberikan peringatan dengan berkata;
''Pandangan mata adalah anak panah beracun daripada anak-anak panah iblis. Orang yang menghindarinya
kerana takut kepada Allah, dikurniakan keimanan yang dirasakan begitu
manis dalam hati.''
(Direkodkan oleh Hakim)
#P/S: setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan mahupun kesilapan....
Jadi, renung-renungkanlah ya..... (^_^)#
Oooppsss!!!! Jap-jap, walaupun PW share story ni tak bermakna PW ni baik sangat ataupun semulia mana pun... PW juga ada kelebihan dan kekurangannya... So, kalau PW ada tersilap kata atau tersalah langkah,
sila-silalah ya tergur.... Harap maaf ya.... :)
PleaSe 'LIKE' my FANPAGE here.. (^_^)
JoDoH aDaLaH rAhSiA Allah S.W.T.
Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa... Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan...
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama....
Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku...
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha...
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu.
Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini..
Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi.
Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?
♥ Dari hati yang tulus ikhlas.. Hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya... ♥
PleaSe 'LIKE' my FANPAGE here.. (^_^)
Labels:
Puteri Wanangseri
Subscribe to:
Posts (Atom)